Cara Menjadi Ahli IKEA Family

10:29 PM

Assalamualaikum & hello there,

Meatball & IKEA terpisah tiada, percaya atau tidak hampir kebanyakkan pengunjung datang ke Ikea semata demi meatball selain pulang dengan buah tangan karipap. Jika anda pengunjung setia Ikea setiap bulan, dah register jadi IKEA FAMILY belum?


Jika belum, elok buat kad Ikea Family satu sebab boleh collect point setiap kali anda shopping atau makan di Ikea Cheras atau Damansara & Ikea Johor (coming soon). Kalu ke Ikea Singapore memang tak di terima..


- Cara Register Kad Ikea Family - 

Ada dua cara actually

1. Melalui laman web Ikea Familyhttp://family.ikea.com.my/membership
 - Isi maklumat anda seperti tarikh lahir (untuk triple point bulan kelahiran anda) & email untuk notis ikea family sale / alamat rumah untuk penghantaran katalog ikea setiap awal tahun

- Anda kena pergi Ikea untuk print kad Ikea Family sementara

2. Daftar di kios komputer Ikea
- Isi maklumat anda seperti tarikh lahir (untuk triple point bulan kelahiran anda) & email untuk notis ikea family sale / alamat rumah untuk penghantaran katalog ikea setiap awal tahun
- Terus dapat Kad Ikea Family sementara macam gambar bawah


- Cara Nak Jadi Ahli IKEA FAMILY Permanent -

Spend RM200 dalam masa setahun bermula tarikh korang print kad ikea sementara tu. Kemudian tunggu pihak Ikea hantar kad permanent ke rumah. Macam BBL ni baru je dapat tengok kad ikea sebab guna alamat rumah di kampung. Padahal dah nak lunyai kad temporary ni. 

- Kelebihan Jadi Ahli Ikea Family - 

- Keahlian PERCUMA seumur hidup
- Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
- Dapat Mata Bonus & voucher gedung
- Dapatkan 3x Mata Bonus 
- Nikmati 2 kopi/teh setiap kunjungan
- Jimat hingga 30% untuk hidangan & acara FAMILY di restoren
- Nikmati tawaran bulanan ke atas produk Kedai Khas Makanan Sweden
- Jemputan ke acara hali
- Dapatkan inspirasi dan maklumat terkini dengan surat berita Ikea 3 kali setahun


Biasanya setiap 2 bulan Ikea akan buat promo barang untuk ahli. Jangan risau sebab newsletter akan dihantar melalui email atau boleh rujuk website ikea family. Certain barang favorite anda akan menjadi lebih murah atau mungkin barang promosi lebih berbaloi untuk korang beli. 

Selepas cukup spend RM200 dalam masa setahun di Ikea, tunggu jelah kad Ikea Family Permanent akan di hantar ke rumah anda. Kad dah lama sampai kat rumah tapi tak guna lagi.


Ni promosi untuk krismas 2016
*GOTTGORA lantern tu murah amat kot, hari tu beli harga RM79  untuk display 
raya puasa tempoh hari promo RM49 je.. nagis..


Ni promo produk baru/habiskan stok


Ni promo Kedai Khas Sweden & restoren Ikea
*Kalau kat Ikea Cheras Kedai Khas Sweden terletak di area kaunter pembayaran 
sebelah kiosk karipap


Jumaat lepas ada Ikea special buffet kat restoren. Boleh makan sampai gathering dengan family atau kawan. Dalam bahasa tganu, makang saing..hehe Dengan kad Ikea Family murah sikit.


Kalu anda sering ke Ikea Damasara & acap kali singgah beli barang di IPC Ikano, jangan lupa tunjuk Kad Ikea Family untuk diskaun. Akan datang MyTown sebelah Ikea Cheras. Bila shopping dalam MyTown, bawa sekali kad Ikea Family & tunjuk tuk diskaun. Tak tunjuk, harga biasa le...


Bila dah kumpul banyak point, boleh redeem untuk beli barang Ikea atau makan meatball di restoren Ikea. Pergi makan meatball, tunjuk kad Ikea..beli karipap pun tunjuk kad Ikea..lama-lama jadi banyak boleh tebus baucer. 


Kini BBL dah ada kad Ikea Family permanent. Baru cantik nak selit dalam dompet. Yang syoknya, nama penuh kita tertera pada kad ahli ala kad kredit gitu. 


BBL ~ bulan Febuari 2017, MyTown Cheras akan buka
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. best nie.. boleh register nanti memandangkan kat jb akak bkk tak lame lg.. hihi

    ReplyDelete