Xiaomi 4A -Telefon Budget Berkuasa (Review Spec & Harga Di Malaysia)

3:24 AM


Assalamualaikum & hello there,

Sebut jenama telefon Xiaomi , mungkin lebih popular dengan keluaran flagship pada harga mampu milik dengan prestasi mengagumkan. Terutama bagi telefon berspefikasi pertengahan serta rendah. Pasti Xiaomi menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahu memiliki peranti pintar dengan budget kewangan terhad. Pembuka tirai 2017 ini, telefon Xiaomi 4A tidak terkecuali, hadir dengan binaan 2 RAM + 16 GB internal memori hanya pada harga RM 459. Cukup murah dan lengkap dengan ciri-ciri terbaru.


Reka bentuk compact & ringan

Menjadi trend sejak kebelakangan ini hampir kesemua affordable smartphone mempunyai paparan skrin 5” High Definition (HD), begitu juga Xiaomi 4A. Reka bentuk ergonomic dengan kemasan premium polycarbonate membuatkan peranti ini mesra pada gengaman tangan pengguna. Paling menarik beratnya cuma 131.5g dan ketebalan 8.5mm menjadikan ia sesuai dengan size poket seluar. Tidak terlalu berat seperti peranti lain.


> Pandangan Bawah <



> Pandangan Kiri dan Kanan <


Setakat ini, hanya dua pilihan warna available iaitu Gold atau Rose Gold. Pastinya pilihan Gold tampak elegen untuk sang jejaka.


Kapasiti bateri luar jangkaan

Bagaikan magis ketahanan kapasiti bateri 3120mAh mampu bertahan hingga 7 hari mode standby. Jadi jangan bimbang untuk menonton movie marathon, mendengar lagu, membuka applikasi atau bermain game sepuas hati. Juga sesuai bagi mereka yang ingin kekal berhubung tanpa risau kehabisan kuasa bateri. Macam serasi dengan blogger seperti BBL yang 24jam buka internet dari pagi sampai malam. Hehe


Kamera 13MP merakam kenangan abadi

Snap beribu ribu lemon gambar yang gorgeous dengan Redmi 4A. Dengan kamera 13MP bukan saja menjadikan setiap gambar sharp, terang dan detail. Nak tangkap gambar dalam keadaan kurang cahaya pun boleh dengan LED flash sebelah kamera Xiaomi 4A. Selain ada features Brust Mode, Low light enhancement, HDR, Panorama, Face recognition dan real-time filters.


Khas buat pengemar selfie, nah kamera hadapan 5MP dengan features countdown time serta Beautify – Smart dan Pro. Lagi cantik gambar selfie untuk upload facebook atau instagram.

Contoh gambar

> Gambar outdoor <


> Gambar indoor <


> Gambar close-up <


> Gambar low-light <


> Gambar selfie <


4G Dual SIM Slot

BBL sendiri sangat tertarik dengan kemasan detail speaker pada belakang bawah. Anda tak payah bimbang tentang kelantangan bunyi sebab ada benjolan kecil mengangkat telefon membolehkan bunyi tersebar dengan baik di atas meja. Terasa memory 16GB tidak cukup untuk anda download apps, lagu, movie sebab boleh tambah SD Card hingga 128GB. Xiaomi 4A juga menyokong 2 SIM dalam satu slot, 1 untuk contact dan 1 untuk internet – contohnya.


Paparan MIUI 8

Dengan MIUI 8, telefon tidak lagi bosan dengan theme sama. Ada pelbagai pilihan theme dan wallapaper untuk dipilih mengikut citarasa anda. Nak ubah theme baru setiap hari pun tiada masalah. Cuma perlu “Download” dan tukar!



Dual Apps

Menarik tentang peranti Redmi 4A terbaru ini adalah sokongan Dual Apps – anda boleh mempunyai dua identity pada satu peranti sama. Senang cerita, ada dua app Whatsapp akaun (1 kerja/ 1 personal), 2 Facebook akaun (1 business / 1 personal) atau 2 game akaun dengan password berbeza. Kini anda boleh hidup lebih tersusun tanpa perlu risau privasi keselamatan memiliki dua telefon.


Harga Xiaomi 4A

Kini anda boleh membeli Redmi 4A melalui Lazada Malaysia pada harga RM 459 – LINK INI (http://www.lazada.com.my/xiaomi-redmi4a/)


Kesimpulan – Harga cukup fantastic for powerful device

Secara overall saya sendiri berpuas hati dengan kemampuan telefon ini pada harga luar biasa RM 459 (2GB RAM + 16 GB), kualiti kamera cukup bagus, kapasiti bateri besar dan features Dual Apps cukup berguna. Semestinya BBL sangat mencadangkan peranti ini jika korang ada limited budget tapi masih mahu telefon yang berbaloi dari segi prestasi.


This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.


BBL ~ berbaloi ler
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici